Thursday 29 August 2013

ikHlas

Kadang.. bile kite dah lupekan sgale kenangan yang pahit.. ia datang tanpa diduga.. Ahhhh.. sebal.. segalanya memori kembali menerjah ruang aku kini yang sedang diulit kebahagiaan..

Yea sepatotnya aku tidak lagi memberi peluang pada mereka yang pernah membuat kanvas ceria perjalanan hidupku tercalit kesan kotoran yang tidak hilang.. tapi.. aku lebih suka menerima mereka kembali.. agar mereka tahu apa bezanya diri aku dengan mereka yang mereka kenal di luar sana..

Dulu~ pernah seseorang kata padaku~ berhenti menggangu temannya yang sedang diulit bahagia.. ahhh.. orang bongkak sememangnya begitu.. ingin aku biarkan mereka sendiri.. baik.. aku biarkan mereka sendiri.. tidak lagi ganggu.. tapi akhirnya... manusia yang dikeji dulu.. yang dihamburkan kata2 kasar inilah kembalinya teman beliau..

Dulu.. aku suka mngganggu mereka kerana bersebab.. aku tidak mahu dia yang sedang lena diulit cinta akan sakit kembali ditinggalkan.. sepertimana dia ditinggalkan oleh seorang perempuan yang terpaksa meninggalkannya kerana ibubapa tidak merestui mereka.. ahhh.. sedang diulit cinta bukan.. aku.. ditolak ketepi.. dianggap penghalang.. biasalah.. aku sudah lali dengan mereka yang begitu..


Jujurnya, hatiku masih lagi berbekas dengan kata2 yang membingitkan telinga itu.. tapi.. .. ya aku maafkan dengan ikhlas.. dan harap.. kau jua akan ikhlas dengan permintaan maaf itu.. 


No comments:

Post a Comment