Sunday, 19 February 2012

Pagi yang gila


pagi ini aku bergila2 sebentar dengan panggilan si dia..
senyum, gelak tertawa bersama..
bercerita tentang perihal yang tidak2..
membuatkan aku sentiasa tersenyum riang tatkala bersama si dia..
terima kasih Qaseh kerana mewarnai pagi aku yang mulanya suram..

Wednesday, 15 February 2012

Gelagat manusia



lama sudah aku tak coretkan ape2 di sini..
beberapa hari yang aku lalui ini,
mematangkan aku dengan gelagat manusia,
yang dahulunya cakap lain,
sekarang cakap lain,
aku kenal mana satu sahabat,
mana satu kawan,
bosan dengan gelagat ini..
lalu aku biarkan ia berlalu..
malas untuk aku kenang..
bosan..

Saturday, 11 February 2012

Perubahan 180darjah


perubahan 180 darjah kamu membuatkan aku pening dan mual..
berhentilah berputar..
statik di paksi kamu..
biarkan aku mengenali kamu seperti dulu..
pada paksi yang dulu..
tolonglah!!
aku sudah mual!!
pening dengan putaran ini..


Friday, 10 February 2012

Hancur



baru semalam aku bagai dibuai oleh kasih si dia,
hari ini bahagia itu hancur sekali lagi,
aku tak tahu di mana silapku,
di mana kekuranganku,
yang aku tahu,dia bagai berubah 360 darjah..
dan aku benci itu..

aku mahu dia yang dulu!!

Terbuai dengan perasaan sendiri



kadang aku terasa bagai terbuai dengan perasaan sendiri,
perasaan yang hangat,
mencintai si dia..
aku rindu untuk bersama dia lagi,
seperti masa lalu,
bahagia,gembira..
dan hanya senyuman dan ketawa yang menghiasi hari kami
yang indah..
benar..
AKU RINDUKAN DIA..


Wednesday, 8 February 2012

Maafkan aku hati


aku sendiri tak pasti dengan apa yang sedang aku lakukan,
memaafkan dia yang menghancurkan hati aku berkali2,
sedangkan aku tahu risikonya,

oh hati,
maakan aku kerana sering melukakanmu serta menyakitimu..
maaf..
aku betul2 maksudkannya..
:'(
aku sendiri yak mengerti apa yang sedang berlaku.. 

Tuesday, 7 February 2012

Hidup




setiap detik,setiap saat, setiap jam, setiap hari yang aku lalui,
semakin aku kenal dengan erti kedewasaan..
makin aku teliti kehidupan ini rupanya tak semudah yang disangka,
ayahandaku sering berkata yang suatu hari nanti aku akan tahu apa itu sebuah kehidupan, erti kedewasaan..
baru kini aku sedar yang ia tidak seindah seperti yang aku idamkan semasa berusia setahun jagung..
jikalau boleh, aku ingin kembali menjadi kanak2 riang,
tiada masalah dunia yang melanda seperti sekarang...  

Malam yang indah


malam yang dingin ditemani cahaya bulan penuh yang indah..
malam semalam merupakan salah satu kenangan indah dalam
perjalanan hidup aku..
terima kasih sahabat kerana mewarnai hari2 yang aku
lewati menjadi lebih indah..


Saturday, 4 February 2012

Sahabat


seperti hari2 yang aku lewati,
teman,sahabat,kawan,rakan dan macam2 lagi istilah lain yang sewaktu dengannya,
pergi dan datang sesuka hati,
melewati kenangan indah bersama,
masing2 punyai nilai masing2..
baru sekarang aku benar2 kenal erti PERSAHABATAN..


aku rindu rakan2 yang dulu..
kenangan dulu..
persahabatan dulu..
mereka yang dulu..



mr. capital 'C'


sering aku tertanya mengapa masa yang indah terlalu cepat berlalu,
kerana aku masih merindui dia yang aku kenal dulu..
kenangan manis bersame dia..
tidak seperti sekarang yang dingin.. kaku..



aku bagaikan tidak lagi mampu berkata2..
hanya mampu melihat..
dan merindui..

Friday, 3 February 2012

Pagi yang dingin.


lewat pagi ini, si puteri masih tersadai di atas katil
yang empuk,
suasana pagi yang dingin dan nyaman membuatkan si puteri
malas membuka kelopak mata yang berat keletihan
akibat kerja yang tak sudah2 sepanjang minggu..
ingin men'TOP-UP' tidur yang sering tidak tersusun sepanjang
minggu..
namun lamunan terjaga akibat deringan alat telikomunikasi yang
selalu digunakan..
panggilan daripada si putera tersayang..
lalu si puteri bangun dengan malasnya,
dan mulakan hari dengan senyuman.. :)


Sakit



aku makin bosan dan muak dengan segala perkara dan perangai manusia yang tidak2,
perasaan muak,marah,bosan,sayang,sedih dan bebagai lagi makin bercampur baur dan makin tak keruan,
tidakkah kau tahu yang perangai kamu yang tidak2 itu membuatkan aku makin jelik untuk berhadapan denganmu?
sudah2 lah menyakiti hati yang lain..
takut nanti suatu hari kamu akan lebih sakit dari hati yang kamu sakiti,
sudah tentu nanti baru kamu tahu langit itu tinggi atau rendah..